Cari Blog Ini

[Dedah] RM18 Bilion Wang 1MDB Diluar Negara, Hilang !


Lihat Di : http://www.theedgemalaysia.com/highlights/287142-highlight-edge-weekly-unearths-questionable-deals-of-1mdb-urges-fund-to-bring-home-rm18b-hl.html
                  Mana RM18 bilion wang 1MDB diluar negara, soal The Edge

[kd]- Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusifnya membongkar urusniaga yang dipersoalkan berhubung tabung pelaburan yang terlibat dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) patut membawa balik RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut mula menyiasat urusniaga 1MDB selepas tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Mac dan laporan tahunannya.

Dalam laporan The Edge Weekly, dikatakan akaun 1MDB berjumlah berbilion ringgit yang diperoleh dari bon jaminan kerajaan, diuruskan oleh penama yang tidak diketahui di luar negara.

Akaun-akaun 1MDB menunjukkan USD2.318 bilion (RM7.88 bilion) disimpan di Cayman Islands di bawah syarikat portfolio yang diasingkan.

Manakala US$3 bilion (RM10.2 bilion) disimpan institusi kewangan yang tak dinamakan dan separuh daripadanya (US$1.58 bilion atau RM5.37 bilion) dalam pelbagai jenis portfolio pelaburan.

Mingguan tersebut menyatakan bahawa ’1MDB menghantar keluar wang, walaupun terus menyebabkan hutang dan meminjam lebih untuk membiayai pelbagai perolehan.

Menurut The Edge Weekly, pada 31 Mac 2013, pinjaman 1MDB berjumlah RM36 bilion, manakala servis hutang tahunannya ialah RM 1.6 bilion.

“Corak pinjaman 1MDB berbanding pemerolehannya menunjukkan bahawa ia telah sebenarnya meminjam lebih daripada perlu,” ulas Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, dalam kolumnya ‘My Say’.

“Soalan ini mesti ditanya kepada 1MDB. Mengapa berlebihan meminjam hanya untuk menghantar lebihan tunai keluar negara? tanya Ho Kay Tat lanjut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.