Cari Blog Ini

[Dedah] Kerugian Terkini Malaysia Airlines (MAS) RM4.1 Bilion !


DAP cadang pengurusan MAS dirombak
[sinar]- DAP Perak menggesa kerajaan melaksanakan tindakan drastik bagi merombak struktur pentadbiran dan pengurusan Malaysia Airlines (MAS) yang disifatkan semakin bercelaru.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, rombakan berkenaan perlu dilaksanakan segera demi membantu menyelamatkan syarikat penerbangan antarabangsa itu berikutan jumlah kerugian besar yang dicatatkan sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, rombakan berkenaan akan bakal turut melibatkan rombakan dari segi pengurusan termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, kelak.

“Kita mendesak kerajaan untuk segera bertindak bagi merombak struktur pentadbiran serta pengurusan MAS.

“Desakan ini bukan sahaja kerana isu kehilangan pesawat MH370 serta insiden tayar pecah bagi pesawat MH192 baru-baru ini, tetapi turut berpunca daripada jumlah kerugian yang ditanggung MAS yang agak tinggi pada hari ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, kerugian MAS yang dicatatkan kini difahamkan berjumlah RM4.1 bilion berbanding keuntungan RM368 juta yang dicatatkan oleh syarikat penerbangan Air Asia.

Kor Ming berkata, nilai saham MAS turut mencatat penurunan 90 peratus  apabila mencatat keuntungan RM0.20 berbanding RM1.80 sebelum ini.

“Keadaan ini begitu kritikal kerana MAS dilihat tidak melaksanakan sebarang langkah proaktif bagi menjana keuntungan dalam masa terdekat.

“Oleh itu kita harap kerajaan dapat melaksanakan rombakan berkenaan dan seterusnya melantik individu-individu yang lebih berkelayakan untuk mentadbir dan menguruskan MAS,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.