Cari Blog Ini

Berita Harian Bakal Disaman Oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Edy Noor ReduanSAMM ugut saman Berita Harian kalau tak betulkan laporan

[fmt]- Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa akhbar Berita Harian yang salah lapor kononnya SAMM mendesak pencalonan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dibatalkan di atas sebab penipuan supaya membetulkan semula laporan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, SAMM adalah sebuah kumpulan pergerakan anak muda yang bergerak di atas platform sebuah NGO.

“Komrad SAMM juga terdiri dari pelbagai latar belakang dan fahaman kepartian. Berita Harian menuduh SAMM terlibat dalam isu Azmin Ali.

Tajuk laporan berita tersebut adalah tersasar sama sekali. SAMM tidak terlibat secara organisasi, tetapi dalam masa yang sama SAMM melihat PKR sebagai sebuah parti masa depan yang mampu menjadi pengemudi utama pentadbiran tanahair ini,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya lagi, SAMM tidak menafikan telah mengikuti perkembangan pemilihan PKR 2014 secara dekat.

“Namun desakan yang berlaku ketika ini termasuklah protes besar di depan Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya pada 30 April ini adalah hadir dari ahli parti yang melihat kepincangan yang berlaku.

Chegubard selaku pengasas SAMM juga antara pendesak yang mendesak di atas kapasiti ahli parti dan bukannya bergerak atas nama SAMM,” tegas beliau.

Malah, Edy Noor menambah, kesabaran ahli parti sudah tidak mampu dibatasi.

“Difahamkan kumpulan penyokong dari semua kem akan berada di depan ibu pejabat parti pada jam 3 petang hari yang sama,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.