Cari Blog Ini

Bas Terbabas, 4 Pelajar UIAM Parah




Sebuah bas yang dinaiki pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilaporkan terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh UIAM melalui laman Twitternya.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur M.Letchumanan berkata bas itu membawa 31 penumpang.

"Mangsa seramai 31 orang iaitu 17 lelaki dan 14 perempuan. Mereka telah keluar dari bas dan ada yang cedera parah dan ringan.

"Operasi menyelamat pada pukul 10.36 pagi dan kesemua mangsa telah di hantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Difahamkan bas itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam.

Gambar bas terbabas itu turut tersebar dengan meluasnya di laman Twitter dan ramai pengguna Twitter mendoakan keselamatan pelajar di dalam bas tersebut.

- astro awani


                         

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.