Cari Blog Ini

Akhirnya Drama MH370 Disudahi Dengan Tandatangani TPPA



Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda :-

Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA.

Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini.

Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika.

Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah-olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA.

Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baru.

Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan kem pangkalan di laut China Selatan.

Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, apabila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.

Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes Altantuya.

Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat negaranya sendiri, tidak seperti zaman Mahathir dahulu.

Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...

Dan ada yang berkata MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barack Obama, ini kerana drama penemuan MH370 akan menghilangkan curiga tentang TPPA.

Ahhh sungguh licik mereka dan sungguh mudah kita ditipu!.

* Penulis ialah Penyelaras SAMM Kelantan.


Amerika akan terus bantu Malaysia cari MH370, kata Obama
Amerika akan terus menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan dalam penyiasatan dan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Presiden Barack Obama.

Pemimpin Amerika itu berkata, sejak berlakunya tragedi itu, pihak berkuasa Amerika bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan mereka dari Malaysia dan beliau pula sentiasa berbincang dengan pasukan dari negaranya tentang perkara itu.

"Sejak berlakunya tragedi ini, kami bekerjasama rapat dengan rakan dari Malaysia dan kami akan terus memberi segala bantuan yang termampu dalam urusan penyiasatan dan usaha mencari pesawat itu.

"Saya ingin memaklumkan kepada anda Amerika benar-benar komited dalam membekalkan sumber dan aset yang kami mampu, manakala Malaysia pula amat mengalu-alukannya," katanya pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

Beliau juga mengaku misi mencari pesawat itu amat mencabar serta sukar dan mengambil masa yang lama.

Obama, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, berkata terdahulu, dalam mesyuaratnya dengan Najib, mereka berbincang tentang pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi tersebut dan bagaimana semua negara boleh bekerjasama dalam usaha mencari selanjutnya.

Amerika adalah antara negara paling awal menyertai operasi mencari pesawat yang sepatutnya mendarat di Beijing itu apabila ia hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal pagi 8 Mac.

Operasi mencarinya yang melibatkan pelbagai negara dilancarkan di Laut China Selatan dan kini pencarian ditumpukan di selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir penerbangan itu dikesan sebelum isyaratnya hilang sama sekali.

Sehingga kini, bukti berkaitan pesawat malang itu belum dijumpai.

Obama juga menyampaikan ucapan takziah rakyat Amerika kepada keluarga mereka yang hilang bersama pesawat itu.

"Saya amat memahami keadaan yang dialami keluarga terbabit, mereka mahukan jawapan dan (apa) yang paling penting (adalah) seperti yang saya nyatakan kepada Perdana Menteri Najib iaitu ketelusan sepenuhnya, mengenai apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu, bagaimana prosesnya berjalan," katanya.

Terdahulu, Najib merakamkan penghargaan Malaysia atas bantuan Amerika dalam menghadapi tragedi itu.

"Sejak dua bulan lalu, kekukuhan persahabatan antara kami didedahkan untuk pengetahuan semua, sejak hari hilangnya MH370.

Amerika menghulurkan kepakaran mendalamnya daripada segi penyiasatan serta kemampuan dan aset uniknya dalam usaha mencari.

"Kami amat berterima kasih kepada Amerika kerana sanggup bersama Malaysia ketika kami berdepan dengan kesusahan," kata Najib.

- Bernama

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.