Cari Blog Ini

Vietnam Kurangkan Bilangan Pesawat Sertai Misi Cari MH370


Salah satu pesawat tentera udara Vietnam yang dikerah mencari pesawat MH370. Kini, Vietnam mengurangkan bilangan pesawatnya dalam misi itu. - Gambar fail.
Salah satu pesawat tentera udara Vietnam yang dikerah mencari pesawat MH370. Kini, Vietnam mengurangkan bilangan pesawatnya dalam misi itu
Vietnam mengurangkan bilangan pesawatnya yang menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak awal Sabtu lepas.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Mencari dan Menyelamatnya yang berpangkalan di Hanoi, status operasi juga sudah diturunkan daripada peringkat "segera" kepada "aktif".

"Bilangan kapal masih sama cuma jumlah pesawat sahaja dikurangkan," kata jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu juga menegaskan semua lokasi yang berkenaan sudah disiasat dan sehingga kini tidak menemui sebarang petunjuk.

Pesawat Boeing 777-200 dilapor hilang pada 1.30 pagi Sabtu lepas dan operasi mencari bertumpu di Laut China Selatan antara Malaysia dan Vietnam, lokasi terakhir pesawat itu dikesan oleh radar sebelum terputus hubungan.

Operasi turut dilaksana di kawasan Selat Melaka sehingga ke Laut Andaman selepas radar tentera menunjukkan kemungkinan pesawat terbang ke arah Pulau Andaman.

– Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.