Cari Blog Ini

Video Teresa Kok : Zahid Hamidi Bohong


lim lip eng teresa

DAP hari ini memberi amaran untuk merujuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya beliau gagal membetulkan jawapan mengelirukan berhubung klip video satira Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Dalam jawapan bertulis yang diberi kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng semalam, beliau menyebut klip video itu sebagai ‘menghina dan memperlekehkan Perdana Menteri’.

Jawapan itu diberikan selepas Lip Eng memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan apakah tindakan kerajaan terhadap ganjaran wang oleh sekumpulan NGO kepada individu yang berjaya menampar Teresa.

Pada sidang media di Lobi Parlimen, Teresa menegaskan, jawapan Zahid itu adalah salah dan mengelirukan kerana beliau langsung tidak menyebut nama Najib Razak dalam klip video.

“Saya akan merujuk tindakan Zahid Hamidi itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memperbetulkannya sehingga 19 Mac ini.

“Kenyataan itu adalah terlampau melulu dan tidak bertanggungjawab, beliau sepatutnya menonton terlebih dahulu klip video itu sebelum memberikan jawapan,” tegasnya.

Pada 22 Februari lalu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu memasukkan sarikata Bahasa Malaysia dalam klip videonya untuk membuktikan ia adalah satira politik yang langsung tidak menghina mana-mana kaum atau agama.

Beliau turut menyeru golongan tidak bertanggungjawab berhenti daripada terus menyerang dan memutarbelitkan fakta sebenar klip video satira itu.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.