Cari Blog Ini

[Video] MH370 : PM Australia Bahas Dalam Parlimen,..........PM Malaysia ?


Mengapa taklimat MH370 untuk MP BN sahaja?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan mengadakan taklimat insiden pesawat MH370 di luar bukannya di Parlimen.

Beliau merujuk satu surat bertarikh 14 Mac yang dihantar oleh Kementerian Pengangkutan memaklumkan taklimat akan diadakan pada 18 Mac ini jam 8.30 malam di Aloft, Kuala Lumpur Sentral.

Malah, persoalan turut ditimbulkan apabila hanya ahli parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja yang dijemput tanpa penglibatan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Tadi saya ada persoalkan kenapa Perdana Menteri dan Hishammuddin tidak hadir ke parlimen untuk memberi penjelasan tentang MH370.

"Kenapa tidak apa penjelasan langsung tentang isu tersebut kepada semua ahli-ahli parlimen yang ada," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, parlimen merupakan tempat yang paling sesuai untuk membincangkan isu membabitkan negara.

"Saya tidak tahu apa yang ingin disembunyikan oleh kerajaan dalam isu tersebut.

"Ahl-ahli parlimen Pakatan Rakyat juga berhak untuk mendengar taklimat ini serta mengetahui apa sebenarnya berlaku.

"Isu ini melibatkan semua dan bukannya orang BN sahaja, sepatutnya kerajaan lebih peka untuk kita bincang bersama dalam soal membabitkan keselamatan negara seperti mana berlaku terhadap MH370," sambung beliau.

Beliau yang juga merupakan Ketua Parlimen PAS itu turut menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin hadir segera ke parlimen bagi memberi taklimat tentang MH370 dan membatalkan taklimat yang akan diadakan pada 18 Mac ini.

                   
                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.