Cari Blog Ini

[Video] Kehadiran Bomoh Disifatkan Jenayah Akidah Dan Syariah


Mh370
Jangan guna bomoh cari MH370
[sinar]- Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyifatkan usaha pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 secara jelas bertentangan dengan Islam.

 Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, masyarakat di negara ini terutama umat Islam, digesa tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Tindakan itu bukan sahaja memberi kesan pemahaman negatif kepada penganut agama lain, malah agama Islam turut dipermainkan.

Bukan itu sahaja, ia satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan ALLAH SWT.

“Yakinlah ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung dan bertawakal, tiada kuasa lebih agung dari kekuasaan ALLAH.

“Apa yang mereka buat ini bukan cara disuruh dalam Islam, dan saya mohon kepada media dalam negara tidak perlulah ‘beri muka’ dengan mainkan cerita mengenai mereka,” katanya di sini, semalam.

Mohd Yusop berkata, pihaknya mengajak rakyat terus berdoa agar pesawat MH370 yang hilang, segera ditemui.

                           

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.