Cari Blog Ini

Umno BN Habis Modal, "Kalau Pilot Ahli PKR Anwar Disalahkan, Tapi Kalau Ahli Umno Mungkin Jadi Hero"


Laporan akhbar Britain, Daily Mail yang mendakwa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibidas.

Kebanyakan warga internet termasuk pemimpin politik tidak puas hati kerana tuduhan kepada Anwar dibuat setiap kali berlaku sebarang kejadian buruk di Malaysia.

Kerajaan Pusat juga diberi amaran oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak menangguk di air keruh dengan mengaitkan kehilangan pesawat itu dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Laman twitter Dr Badrul Amin Baharom antara yang tidak bersetuju dengan tuduhan terhadap Anwar hanya kerana Zaharie adalah ahli PKR.

“Sebab pilot ahli PKR, Kalau ahli Umno, pilot tu lah hero,” katanya, menyindir.

Pengguna Facebook, Yasir Tarmizi pula menyindir dakwaan akhbar luar negara itu sebafai ‘sewel’ sekalipun ia dijadikan modal politik penyokong BN.

nn

“Eh juruterbang itu rampas kapal terbang. Dia ahli PKR, Dia sokong Anwar.  PKR & Anwar Ibrahim adalah perancang sebenar rampasan kapal terbang, “Jadi sekarang apa dia nak buat?

Berlegar-legar di angkasa raya, berpusing-pusing di balik awan sampai keputusan Anwar ditarik balik? Dah, sekian teori sewelll. #‎SemuaSalahAnwar,” katanya.

Muhammad Faiz  turut membidas tuduhan yang dilempar ke atas Anwar setiap kali terjadi sesuatu yang tidak diingini di Malaysia.

oo

“Tu dia…apapun yang jadi kat negara mesti ada kaitan dengan beliau. Respect,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan Daily Mail adalah khayalan luar biasa dan perkara terbabit mustahil berlaku kerana membabitkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah, selain satu teori konspirasi politik tidak masuk akal walaupun Zaharie ahli seumur hidup parti itu.


   Kerajaan Pusat jangan ambil kesempatan kait kehilangan MH370 dengan PR

Kerajaan Pusat diberi amaran supaya tidak sesekali cuba menangguk di air keruh dengan mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, PR secara konsisten komited menolak dan mengecam sebarang bentuk keganasan sama ada yang berlaku di dalam dan luar negera.

“PKR menggesa Kerajaan Pusat tidak menggunakan ini sebagai alasan atau peluang untuk mengaitkan parti komponen PR atau pemimpin mereka.

“PKR dan parti lain dalam PR komited kepada cara yang aman dan mengikut perlembagaan dalam perjuangan politik kami.

Kami secara konsisten mengecam dan sebarang bentuk keganasan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Tian Chua berkata, Kerajaan Pusat seharusnya meningkatkan kerjasama dengan agensi antarabangsa bagi menjalankan siasatan rapi dan profesional terhadap insiden berkenaan.

Tian Chua turut mendakwa media tertentu sengaja mencetuskan spekulasi liar tanpa maklumat sah kononnya kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

“PKR berkongsi kesedihan dan kebimbangan semua ahli keluarga yang mempunyai orang yang tersayang yang hilang dalam penerbangan MH370,” katanya. 


mas2Umno-BN habis modal, isu rampasan MH370 juga dituduh salah Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar laporan akhbar Britain, Daily Mail yang mendakwa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan berkenaan adalah khayalan luar biasa dan perkara terbabit mustahil berlaku kerana membabitkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah, selain satu teori konspirasi politik tidak masuk akal walaupun Zaharie ahli seumur hidup parti itu.

“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia.

Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” katanya.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang membabitkan 239 penumpang termasuk anak kapal, pada 8 Mac lalu.

Dengan pelbagai spekulasi berkenaan kehilangan MH370, akhbar Daily Mail melaporkan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas kes membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar, pada 7 Mac lalu.

Ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata, tidak ada sebarang tindakan daripada parti itu buat masa ini.

“Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia berdoa supaya pesawat MH370 ditemui,” katanya yang dipetik daripada Malaysian Insider.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail turut melaporkan, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil daripada rumah Zaharie yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.