Cari Blog Ini

Umat Islam Di Pattani Solat Hajat Untuk MH370



Semalam, lebih 200 umat Islam di Pattani, Thailand melakukan solat hajat di Masjid Jamek untuk penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Turut hadir Konsul Malaysia di Songkhla, Mohammad Shaharul MD Osman.

Masjid turut menyediakan kain rentang untuk masyarakat Islam meluahkan rasa hati mereka berhubung insiden itu.

Imam Abdul Razak Wangsoh berkata, solat hajat itu sebagai menunjukkan umat Islam di Pattani berkongsi perasaan keluh kesah yang dirasai rakyat Malaysia, dan tidak ada cara lain bagi mereka membantu selain berdoa.

Beliau menyampaikan rasa simpati kepada anggota keluarga penumpang dan kru di samping menasihati mereka supaya bersabar.

"Ini adalah takdir daripada Allah yang manusia semua tidak mahu, tetapi dengan kehendak Allah, ia boleh berlaku bila-bila masa," katanya.

Kehilangan pesawat turut dibangkitkan dalam khutbah Jumaat di masjid itu.

Khatibnya berkata, sebagai umat Islam dan berjiran dengan Malaysia, umat Islam Pattani turut bersimpati dengan kejadian itu.

- Bernama

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.