Cari Blog Ini

Tiada Pengesahan MH370 Di Lautan Hindi


Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Sepang, hari ini
Tiada pengesahan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang mungkin berada di Lautan Hindi sebagaimana laporan media antarabangsa.

"Pasukan antarabangsa sedang berusaha untuk mengesahkan maklumat terperinci itu, tetapi kami tiada apa yang hendak disahkan buat masa ini," kata Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kemungkinan MH370 mungkin berada di Lautan Hindi memandangkan kapal-kapal Amerika Syarikat sedang mencari pesawat itu di kawasan berkenaan.

"Kefahaman saya berdasarkan beberapa maklumat yang baru yang tidak semestinya kukuh, tetapi maklumat baru, satu kawasan pencarian tambahan mungkin di buka di Lautan Hindi, kata jurucakap Rumah Putih Jay Carney seperti dilaporkan agensi berita Perancis, AFP.

Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu lepas. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

- Bernama


                                   Pencarian MH370 diperluas ke Lautan Hindi

Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi, meskipun kemungkinan untuk menyelamat semakin tipis.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam usaha pencarian itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.

"Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sini, hari ini.

Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi."

- Bernama

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.