Cari Blog Ini

Tiada Fakta Salahkan Juruterbang MH370, Lapor Daily Beast


Berita Penuh : http://www.thedailybeast.com/articles/2014/03/16/the-baseless-rush-to-blame-the-pilots-of-flight-370.html
Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast.

Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia.

"Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian.

"Menyedihkan perdana menteri sendiri mengeluarkan teori tidak berasas: juruterbang yang melakukannya," katanya.

Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing.

Namun pesawat yang dinanti itu tidak pulang selepas 10 hari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Irving berkata, terdapat dua bukti kukuh dalam kehilangan pesawat milik MAS itu.

“Selepas pertukaran rutin terakhirnya dengan menara kawalan, juruterbang tidak menghantar isyarat Mayday atau kecemasan.

Kata-kata akhir yang diucapkan juga tenang dan normal: ‘Baik, selamat malam.’

“Transponder yang menghubungkan pesawat dengan dunia luar melalui penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kedudukannya, dimatikan.

“Ringkasnya, dua faktor ini menyebabkan Boeing 777 boleh hilang. Kemungkinan atas sebab reka bentuk, gangguan manusia atau kegagalan teknikal,” katanya.

Artikel tersebut turut menyebut dua kaedah bagi pesawat secara automatik melaporkan perkembangannya dan satu daripadanya melalui Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS).

“Dalam kes pesawat MH370, tiada mesej yang dihantar ke Boeing dan pembuat enjin Rolls Royce bagi menyatakan masalah,” katanya.

Katanya, seminggu kemudian didapati Boeing 777 turut dihubungkan ke sistem satelit yang beroperasi di London oleh Inmarsat.

“Untuk beberapa jam selepas sistem komunikasi lain terhenti, pesawat menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit,” katanya.

Irving juga membangkitkan berkaitan isu kebolehan pesawat memantau dan melapor keadaan namun jumlah dan kualiti maklumat mungkin berbeza jika MH370 merupakan pesawat Airbus dan bukan Boeing.

“Kokpit pesawat Boeing dan Airbus berbeza daripada segi bagaimana pesawat itu diarahkan.

Boeing 777 berpegang kepada idea tradisional di mana juruterbang berkuasa kepada pesawat.

“Manakala, Airbus lebih meletakkan kepercayaan kepada sistem pengurusan penerbangan berkomputer kerana ingin mengurangkan kesilapan manusia.

“Tiada laporan keselamatan mana-mana syarikat mendakwa lebih baik daripada pesaing,” katanya.

Beliau turut mengkritik penganalisis di televisyen yang mengeksploitasi fakta simulator kapten di rumahnya bagi mempraktikkan belok kiri.

“Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan salah seorang juruterbang paling lama dengan 18,000 jam di dalam kokpit. Beliau tidak perlu berlatih untuk membelok kerana sudah banyak kali melakukannya.

“Simulator mungkin digunakannya bagi membolehkannya terbiasa dengan perisian baru sistem 777.

Juruterbang biasa menggunakan simulator bagi menambah kepakaran,” katanya.

Katanya, hasil penyiasatan hanya akan dapat diperoleh selepas bertahun-tahun ia dijalankan.

“Sekarang pelbagai kemahiran diperlukan seperti saintifik, forensik, pengurusan, ketenteraan, undang-undang dan politik. Ia melibatkan perbezaan bahasa dan budaya.

“Kerja penyiasatan yang dijalankan setakat ini tidak memberangsangkan,” katanya.

Beliau mengulas Putrajaya yang memohon bantuan 25 negara bagi meluaskan operasi pencarian.

“Kini, kebanyakan negara diminta memeriksa rekod radar sama ada melintasi koridor udara antarabangsa atau ketenteraan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.