Cari Blog Ini

Telefon Penumpang Disambung , Tetapi Tidak Dijawab !


Percubaan sekurang-kurangnya lima ahli keluarga untuk menghubungi penumpang pesawat MH370 memberi hasil luar jangkaan.

Walaupun tiada orang menjawab telefon, tetapi sekurang-kurangnya talian telefon mereka tetap boleh dihubungi.

Apple Daily Hong Kong melaporkan seorang ahli keluarga cuba menghubungi talian abangnya yang merupakan penumpang MH370 sebanyak tiga kali, dua kali berjaya disambung tetapi tiada yang menjawab.

"Abangnya menggunakan nombor telefon Singapura.

Dalam percubaan kali pertama dan kedua, talian berjaya disambung tetapi terputus selepas tiga deringan.

"Percubaan kali ketiga bagaimanapun gagal disambungkan," demikian lapor akhbar itu.

Percubaan ahli keluarga  tersebut telah dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh pemberita dari sebuah stesen televisyen Beijing. Malaysia Airlines (MAS) turut mengambil maklumat berkenaan.

Jing Hua Times turut melaporkan keadaan sama apabila seorang ahli keluarga bernama Che  berjaya menelefon sepupunya sebanyak empat kali, tetapi tiada yang menjawab.

"Saya pasti sepupu saya ada membawa iPhone miliknya, dia pernah menghubungi saya sebelum berlepas," katanya.

Tambahnya, daripada sembilan penumpang termasuk sepupunya yang bersama dalam pesawat, akaun laman sosial QQ tiga orang berada dalam status dalam talian (online).

malaysiagazette

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.