Cari Blog Ini

Satelit Terima Isyarat 'Ping' Dari Pesawat Hilang


Operasi mencari dan menyelamat MH370 digerakkan di laut dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail.
Operasi mencari dan menyelamat MH370 digerakkan di laut dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu. [Gambar fail]
Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam.

Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan.

Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.

Namun, ping sahaja tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber.

Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat itu yang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara.

Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman dan perairan di sekitar Malaysia.

Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia.

- The Malaysian Insider

* MH370 : Kapal AS, Termasuk Uss Kidd Digerak Ke Lautan Hindi
* MH370 : Amerika Syarikat Menggerakkan Armada Ketujuh Tentera Laut
* MH370 : Pentagon Ada "Petunjuk" Pesawat MAS Mungkin Ada Di Lautan Hindi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.