Cari Blog Ini

Salahkan Spekulasi, Punca Keluarga Penumpang MH370 Tertekan !


Keluarga penumpang di China marah dengan cara Malaysia menguruskan kehilangan pesawat MH370. – Gambar oleh Reuters, 19 Mac, 2014.
Keluarga penumpang di China marah dengan cara Malaysia menguruskan kehilangan pesawat MH370
         MH370: Jeritan dan amuk ketika kekecewaan China semakin meningkat

Panas baran meningkat hari ini apabila sanggota keluarga penumpang China bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12, lapor AFP.

"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.

Menurut AFP, insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu.

"Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh," jerit lelaki itu dengan marah.

"Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu."

Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran, lapor AFP.


                        Spekulasi punca keluarga penumpang MH370 tertekan

Malaysia Airlines (MAS) menyalahkan spekulasi liar sebagai punca tekanan dan kemarahan ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 yang semakin hilang kawalan.

Usaha mencari MH370 yang membawa 239 penumpang masuk hari ke-12, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk baru ditemui.

"Maklumat berkonflik dan spekulasi liar menyebabkan tekanan berat kepada keluarga," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

Situasi tidak terkawal tersebut berpunca kerana terlalu banyak maklumat tidak sahih serta khabar angin.

"Selama ini, keluarga sentiasa diberi taklimat terlebih dahulu, kemudiaan disusuli media dan orang awam apabila terdapat maklumat baru," kata MAS.

Dalam pada itu, MAS juga akan menggunakan sistem baru menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dan penghantaran e-mel bagi memberitahu maklumat terkini kepada keluarga.

"MAS akan menghantar SMS dengan maklumat ringkas terkini kepada keluarga.

"Kami juga mewujudkan e-me kepada ahli keluarga sebagai saluran untuk mereka berkomunikasi dengan kami. Laporan terkini juga boleh didapati dalam laman web MAS," kata kenyataan itu lagi.

Ketegangan memuncak hari ini apabila anggota keluarga penumpang MH370 warga China kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12, lapor AFP.

"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah.

"Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.

Menurut AFP, insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu.

MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

Usaha mencari MH370 kini tertumpu di koridor utara dan selatan selepas pencarian di Laut Cina Selatan menemui kegagalan.

Koridor selatan berada di perairan Indonesia dan selatan Lautan Hindi, manakala koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand. - The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.