Cari Blog Ini

Rupanya Umno BN Amat Phobia Dengan Nama Anwar



[fmt]- Kerajaan BN amat phobia dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sahaja beliau disekat bertanding dalam PRK Kajang, malah nama beliau merasmikan sekolah di Kajang ditutup.

Ia merupakan permainan politik kotor BN memadamkan jasa Anwar Ibrahim dalam sejarah pembangunan pendidikan negara.

Perkara itu dapat dilihat apabila plak perasmian yang tertera nama dan tandatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah sekolah di Kajang pernah ditutup supaya tidak dapat dilihat pelajar sekolah terbabit.

Sekolah rendah yang mula dibuka pada 1987 itu dikatakan dirasmikan Anwar ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran.

Bagaimanapun, selepas guru besar sekolah berkenaan bertukar, plak perasmian itu dibuka semula untuk tatapan pelajar sekolah itu.

Perkara itu diberitahu salah seorang guru sekolah berkenaan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil kesempatan bertemu ibu bapa pelajar di luar sekolah terbabit.

“Guru besar dahulu tutup plak perasmian tetapi bila tukar baru, plak itu dibuka semula.

Plak itu dibuka bukan sebab sokongan kepada pihak tertentu atau berunsur politik tetapi disebabkan itu adalah sejarah sekolah kami,” katanya yang enggan mendedahkan nama.

Sejak PR mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan Pusat mula melaksanakan pelbagai ‘arahan tidak rasmi’ kepada pejabat kerajaan di negeri itu termasuk di sekolah seluruh Selangor.

Antara ‘arahan tidak rasmi’ itu termasuk tidak membenarkan pejabat kerajaan menggantung gambar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebaris dengan gambar DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri dan menteri berkenaan seperti amalan protokol sebelumnya.

‘Arahan tidak rasmi’ itu bukan sahaja dilihat bertentangan dengan keputusan rakyat Selangor yang memilih PR dalam dua pilihan raya umum terakhir, bahkan turut tidak menghormati dan membelakangkan institusi DiRaja Selangor yang mengiktiraf dan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah.

Sementara itu, menyedari tidak dibenarkan berkempen di dalam kawasan sekolah, Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk bertemu ibu bapa pelajar di pondok bas luar pagar sekolah.

Ironiknya, sekolah terbabit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan sebenarnya adalah sekolah yang pernah dirasmikan suami beliau sendiri ketika menganggotai kerajaan persekutuan.

Menariknya, kehadiran beliau di pondok bas yang terletak sebelah luar pintu utama sekolah, bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa yang sibuk menghantar dan mengambil anak masing-masing, bahkan turut menarik perhatian sekumpulan tiga hingga lima guru sekolah berkenaan.

Enggan melepaskan peluang bertemu Dr Wan Azizah, kumpulan guru terbabit dilihat secara curi-curi sempat menghampiri ke pagar berhampiran untuk bertemu dan bersalaman dengan Presiden PKR itu.

Kumpulan guru terbabit yang kelihatan teruja juga sempat memberi kata-kata perangsang kepada Dr Wan Azizah yang menjalankan kempen PRK sekitar Sungai Kantan.

Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Pusat bertindak menghalang Menteri Besar dan pemimpin negeri PR mengadakan program di dalam kawasan sekolah di negeri itu.

Larangan tersebut turut meliputi program yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan warga guru.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini turut pernah dihalang untuk menyampaikan wang sumbangan kepada sebuah sekolah di Selangor.

Bagaimanapun larangan itu tidak terpakai kepada Barisan Nasional (BN) apabila pemimpin mereka kerap masuk ke sekolah bagi memenuhi keperluan politik mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.