Cari Blog Ini

Ritual Bomoh Tanpa Ikut Syarak Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam, Kata Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini terutama umat Islam agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

"Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus meyakini bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa.

Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya. - Bernama


* MH370 : Guna Bomoh Cari MH370, Malukan Negara
* MH370 : VVIP Mana Jemput Dia Ni Buat 'Kerja Bodoh' ?
* [Video] Aksi Raja Bomoh Bantu Pencarian MH370 Yang Hilang, Di KLIA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.