Cari Blog Ini

Rakan Rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah Yakin, Juruterbang Lebih Utamakan Keselamatan Pesawat


[gambar fail]
Salah seorang rakan rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah yakin juruterbang itu akan mengutamakan keselamatan penumpang lebih daripada keselamatannya sendiri jika sesuatu berlaku ke atas pesawat MH370.

Ini kerana secara peribadinya Kapten Zaharie disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.

Rakan rapatnya ini sangat yakin dengan kemampuan juruterbang tersebut dalam mengendalikan setiap penerbangan.

Rakan rapat yang enggan dikenali itu berkata, dia yakin dan menaruh kepercayaan penuh terhadapnya kerana minatnya yang mendalam kepada penerbangan.

"Jika sesuatu yang  buruk berlaku kepada pesawat tersebut, saya yakin yang beliau akan meletakkan keselamatan pesawat itu lebih daripada dirinya sendiri.”

Menceritakan mengenai peribadi Kapten Zaharie, beliau melihat rakannya itu seorang yang bersemangat dan mempunyai minat yang mendalam terhadap tugasnya.

Malah, Kapten Zaharie dilihat sebagai rakan yang baik, penyayang dan seorang juruterbang yang profesional.

Justeru, beliau tidak teragak-agak setiap kali menaiki penerbangan yang dikendalikan Kapten Zaharie.

- astro awani

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.