Cari Blog Ini

Raja Bomoh Teropong MH370 Lagi, Kali Ini Di Teluk Intan !



Selepas menggemparkan negara dengan ritual pembomohannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), Raja Bomoh Sedunia kembali lagi dengan ritual teropong ajaibnya.

Kali ini beliau berbuat demikian di perkarangan Menara Condong, Teluk Intan. Orang ramai yang menyaksikan adengan itu terpingga-pingga dengan tindakan Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu.

Sebelum ini dia memanaskan suasana kehilangan peswat MH370 apabila mendakwa mahu menampar Khairy Jamaluddin.

Kini, apa yang menjadi persoalan ialah siapakan VVIP yang mengundang Raja Bomoh di KLIA dulu.

Terdapat laporan ada pengawal keselamatan KLIA ditugaskan mengiringi dan mengawal beliau ketika di situ.

Kini nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam rosak dibuanya gara-gara tindakan Raja Bomoh Sedunia itu.

Soalnya, kenapa kerajaan tidak menangkap dan mendakwa Raja Bomoh dengan segera, sedangkan jelas beliau mahu berniat jahat terhadap menteri kabinet dan Ketua Pemuda UMNO sendiri.

Inilah yang menjadi kemusykilan umat Islam sekarang ini sebenarnya. #sumber


* [Panas] Jika Cari MH370 Begini, Pasti Saya Tidak Peluk Islam, Kata Ridhuan Tee

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.