Cari Blog Ini

PRK Kajang : Tak Habis-Habis Janji BN Pada Rakyat


5 janji BN kepada pengundi Kajang
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) bersama calon BN, Datin Paduka Chiew Mei Fun dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika melancarkan manifesto BN di Bilik Gerakan Induk MCA PRK, Taman Berjaya, Kajang, hari ini
[sinar]- Barisan Nasional hari ini melancarkan manifestonya bagi menghadapi PRK N25 Kajang dengan menawarkan lima janji yang realistik oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Walaupun BN agak lewat melancarkan manifestonya berbanding PKR pada hari kedua selepas proses penamaan calon Selasa lalu, namun parti itu yakin mampu melaksanakannya jika diberi peluang oleh pengundi.

Antaranya ialah memperkenal dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

Selain itu, mereka juga akan mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran Kajang dengan rakyat jelata.

Tidak terkecuali masalah utama di Kajang ialah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam secara holistik melalui penyelarasan dengan projek Aliran Transir Massa (MRT).

Selain itu, masalah banjir kita juga mendapat perhatian untuk diatasi dengan berkesan.

Manakala janji terakhir BN ialah memantau dan bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha membanteras jenayah, mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan orang awam.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.