Cari Blog Ini

PRK Kajang : Jangan Pangkah Calon Parti 'Seven Eleven' MCA, Kata Datuk Mohd Ariff Sabri



Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri memohon pengundi Kajang supaya keluar beramai-ramai pada 23 Mac ini untuk memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, undi untuk Wan Azizah adalah sangat penting supaya Selangor lebih ke hadapan.

“Jangan kita takut untuk membuat keputusan dengan memangkah Wan Azizah, keluarlah beramai-ramai untuk menyokong beliau.

“Undi untuk Wan Azizah adalah undi Kajang dan Selangor yang lebih maju,” katanya dalam Ceramah Perdana di Taman Kajang Baru, semalam.

Beliau turut mengingatkan penduduk untuk tidak sesekali termakan janji manis MCA yang sebenarnya mempunyai agenda politik dan bukan untuk memakmurkan bumi Kajang.

“Jangan kita berikan undi kepada Chew Mei Fun. Kawan saya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sudah hentam (kalahkan) beliau dalam PRU lalu.

“Beliau adalah ‘recycle candidate’ yang datang ke Kajang untuk menegakkan panji-panji MCA, sebuah parti ‘seven eleven’.

“Kita tewaskan mereka dan kekalkan sebagai parti ‘seven eleven’ yang tidak boleh tutup mulut sehingga hari ini meminta sedekah kepada BN untuk kembali dalam kabinet,” tegasnya.

“Saya nak beritahu terutama orang melayu yang beragama Islam kalau kita mahukan keadilan, jangan takut untuk lakukan perubahan.

Kenapa perlu takut pada UMNO? Adakah kalau mereka tidak memerintah, maka semua rakyat akan mati?

“Di Selangor dan Pulau Pinang, UMNO tidak memerintah tapi kita tidak lihat seorang pun penduduk mati bergelimpangan.

Jadi ini membuktikan bahawa tanpa mereka rakyat masih hidup, malah lebih bahagia.

“Kita telah membuktikan, pemerintahan PR ternyata lebih maju dan jauh lebih baik berbanding negeri-negeri yang diperintah BN,” ujarnya.

– Roketkini

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.