Cari Blog Ini

PRK Kajang : Buat Zahid Hamidi Yang Bongkak Dan Sombong !


Wan Azizah PM wanita pertama mimpi di siang hari

[sinar]- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) hanya bermimpi di siang hari untuk mengangkat calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri wanita pertama sekiranya PR berjaya mengambil alih Putrajaya.

Menurutnya cita-cita tersebut hanya angan-angan PR, serta tidak disandarkan kepada realiti sebenar, di mana BN masih kuat serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

"PR hanya bermimpi di siang hari, macam siang hari ini, waktu sidang media kita buat sekarang (tengah hari).

"PR kena ingat BN masih kuat, kita yakin kita masih mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media selepas program santai bersama polis di Ibu Pejabat Polis Kajang hari ini.

Zahid berkata demikian sebagai menggulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang semalam dalam kempennya yang menggesa pengundi Kajang untuk "mencipta sejarah" dan merayu undi mereka dengan mengatakan Wan Azizah boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.

"Jika PR berjaya menawan Putrajaya dalam PRU akan datang dengan memenangi majoriti kerusi Parlimen di Malaysia, negara ini akan mungkin mendapat Perdana Menteri Wanita pertama," kata Kit Siang.

Sementara esok merupakan hari penentuan nasib Wan Azizah sama ada beliau berpeluang  untuk menjadi calon perdana Menteri wanita pertama Malaysia.

Sekiranya menang, tidak mustahil Wan Azizah bakal mencipta sejarah untuk pemimpin nombor satu negara.

Esok,23 Mac, dalam PRK Dun Kajang,pengundi di Dun itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau Wan Azizah daripada PKR sebagai wakil rakyat yang baharu.


Sah! Dr Wan Azizah Adun baru Kajang
Keputusan rasmi pengiraan undi menunjukkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dengan majoriti 5,379 undi.

Dr Wan Azizah meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.

Proses penjumlahan undi berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman sebentar lagi.

Sejumlah 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah  87 peratus.

PKR juga meningkatkan penguasaan di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima.

                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.