Cari Blog Ini

PRK Kajang : 4 Bekas Tokoh Umno Berkongsi Pentas, Seru Pengundi Tolak Umno BN


SharifEmpat bekas tokoh Umno semalam berkongsi pentas yang sama dan menyeru pengundi menolak Barisan Nasional khususnya dalam Pilihanraya Kecil N 25 Dun Kajang.

Mereka yang menyampaikan ceramah terdiri daripada Datuk Tamrin Abdul Ghafar, yang menyertai Pas sejak 2012, bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh,  Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas tani, Datuk Sharif Omar,  yang baru mengumumkan sebagai ahli KEADILAN pada 14 Mac lalu.

ThamrinKesemua bekas pimpinan Umno itu berucap dalam satu ceramah  bertemakan “Tiada Esok Bagi Umno BN” di Tapak Karnival Usahawan, Jalan Jerlok 9, Kajang.

Dalam ucapannya, Tan Sri Sharif Omar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri  Pulau Pinang mengakui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad mempergunakan seluruh jentera Umno untuk menzalimi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

“Semasa saya jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang,  disuruh buat mesyuarat panggil ketua cabang, untuk sokong tindakan pemecatan yang dikenakan ke atas  Anwar Ibrahim,” ujarnya.

ceramah 2Mohd Shariff   menyerahkan borang keahlian menyertai KEADILAN ketika ceramah di Kajang, pada Jumaat malam lalu.

Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor secara automatik dipecat daripada Umno selepas bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum lalu.

Sementara itu, Datuk Tamrin dalam ucapannya berkata, sudah tiba masanya rakyat Kajang melalui PRK ini menolak pembaziran dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anak kepada tokoh Umno, Tun Ghafar Baba ini berkata,  Najib boros berbelanja termasuk menggunakan pesawat persendirian ke luar negara, sedangkan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

ceramah“Kita (rakyat Malaysia) dapat apa?, Umno BN menang dulu sebab tipu orang kampung, jadi apa yang ditunggu lagi?

“Saya minta tuan puan, kita tunjukkan. Ajar BN cakap dengan pimpinan Najib, kepimpinan Najib tidak boleh dihormati lagi,” katanya.

Dr Zayadi Awanag Noh pula menjelaskan kepentingan memilih kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan rakyat, dengan menjadikan kerajaan Kelantan dan Selangor sebagai contoh.

“Mereka (pemimpin Umno) hidup di luar batasan kemampuan, tapi rakyat kena makan kangkung.

“Kita mahu kepimpinan yang baik. Kenapa Kelantan boleh bertahan 23 tahun? Kerana kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kenapa Pakatan Rakyat Selangor boleh bertahan, boleh menang lebih daripada dua pertiga majoriti?

Kerana kepimpinan Tan Sri Khalid. Kita mesti laksakan perubahan ini,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.