Cari Blog Ini

Polis Ambil 'Flight Simulator' Juruterbang Untuk Siasatan



[mstar]- Polis telah memeriksa rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mengambil simulator penerbangan yang terdapat di rumahnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata simulator tersebut akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar-pakar dengan harapan ia membantu memberi petunjuk untuk mencari pesawat yang hilang.

"Polis telah mengambil 'flight simulator' juruterbang dan semuanya yang dapat membantu kami.

"Kami menanggalkannya di rumah dan memasangnya semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar," katanya pada sidang media mengenai pesawat MH370 yang hilang, Ahad.

Katanya, selain rumah Kapten Zaharie, polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

"Kami telah pergi ke rumah juruterbang dan pegawai-pegawai telah bercakap dengan ahli keluarganya.

"Pada 15 Mac, polis juga mencari rumah pembantu juruterbang," katanya.

Tambahnya, selain juruterbang dan pembantunya, setiap penumpang dan anak kapal MH370 akan disiasat.

Beliau menegaskan, ia adalah prosedur penyiasatan yang biasa dilakukan.

Beliau menambah, siasatan polis akan memberi fokus terhadap empat sudut utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, sabotaj, psikologi krew dan penumpang serta peribadi krew dan penumpang.

Jelasnya, siasatan ini dijalankan dengan kerjasama erat dari pelbagai negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.