Cari Blog Ini

Pintu, Ekor MH370 Ditemui ?



[mk]- Pasukan pencarian Vietnam melaporkan penemuan apa yang mereka percaya sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi.

Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, lapor The Wall Street Journal reported.

MAS dilapor sebagai tidak dimaklumkan berhubung penemuan itu.

The Wall Street Journal memetik posting dalam laman web kementerian penerangan dan komunikasi Vietnam.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menemui artikel itu dalam kedua-dua bahasa sama ada bahasa tempatan atau Inggeris melalui carian pada jam 9 pagi.

Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.

Dikatakan juga Vietnam tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.