Cari Blog Ini

Pesawat MH370 Tukar Arah : Vietnam Telah Maklumkan Kepada Malaysia !, Tapi Kenapa Tidak Ada Respon ?


Vietnam kesan MH370 tukar arah ke barat
[mk]- Kerajaan Vietnam mendedahkan bahawa pusat kawalannya mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 menukar laluan ke arah Laut Andaman pada hari Sabtu.

Timbalan menteri pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu dalam satu laporan agensi AFP menyebut, pihaknya memberitahu perkara itu kepada kerajaan Malaysia tetapi tiada makluman balas.

“Kami memaklumkan kepada Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat tersebut bahawa kami mengesan pesawat tersebut berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak memberi maklum balas.

“Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, namun sehingga kini mereka belum menjawab kepada kami,” kata Tieu.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.