Cari Blog Ini

Pesawat MH370 Terbang Empat Jam Selepas Hilang Dari Radar, Lapor Akhbar Wall Street Journal


Gambar laporan Wall Street Journal and mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir. – Gambar diambil dari lamn web Wall Street Journal Asia, 13 Mac, 2014.
Gambar laporan Wall Street Journal and mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir. – Gambar diambil dari lamn web Wall Street Journal Asia
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini.

Akhbar perniagaan itu mengatakan ini memungkinkan pesawat Boeing 777-200ER terbang tambahan beratus kilometer dalam keadaan yang masih tidak dapat dipastikan.

Penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan AS percaya pesawat tersebut terbang selama lima jam berdasarkan data yang boleh dimuat turun secara automatik dan dihantar melalui enjin Boeing 777 sebagai penyelenggaraan rutin dan program pemantauan, lapor akhbar itu.

Ini menimbulkan persoalan baru dan kemungkinan tentang apa yang berlaku terhadap pesawat yang membawa 239 orang yang hilang daripada menara kawalan hujung minggu lalu setelah sejam terbang dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Enam hari selepas kehilangan pesawat misteri itu, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan meskipun belum membuahkan hasil setelah kawasan mencari diperluaskan.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.