Cari Blog Ini

Penyokong Umno BN Minta Anwar Tandatangan Di Topi


penyokong bn minta tanda tangan dsaiSuasana penamaan calon PRK DUN Kajang hari ini mencatatkan peristiwa seorang penyokong BN menjerit memanggil nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menurunkan tandatangannya kepada topi yang sedang dipakai.
 
Kejadian itu berlaku ketika Anwar berjalan mengiringi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pusat penamaan calon di Stadium MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Dipetik blog omakkau.blogspot.com yang menyatakan Anwar dengan senyum menurunkan tandatangan demi tidak menghampakan penyokong BN itu.

“Jika ini sebagai petunjuk dan petanda, maka jelas akan kebenaran apa yang dikatakan oleh hampir keseluruhan penganalisis politik yang sokongan penyokong Umno-BN sudah mula berduyun-duyun berhijrah menyokong Pakatan Rakyat kali ini.

“Tindakan mempenjarakan DSAI selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan tidak memberi untung kepada Umno-BN sebaliknya melonjak, mencanak, dan melambung sokongan kepada calon PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah,” tulis laman itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.