Cari Blog Ini

Penumpang MH370 Tiada Pengalaman Kemudi Pesawat, Kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam


Azharuddin Abdul Rahman
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman
[sinar]- Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan tiada penumpang di dalam pesawat MH370 yang mempunyai pengalaman membawa atau mengemudi kapal terbang.

Bercakap dalam satu sidang media semalam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, latar belakang kesemua penumpang telah diperiksa dengan teliti, dan disahkan oleh pihaknya.

"Pihak kami telah menyiasat tentang perkara ini dan kami pasti tiada penumpang mempunyai pengalaman atau rekod dalam mengemudi kapal terbang," jawabnya ringkas.

Beliau memberikan kenyataan berhubung dakwaan sesetengah pihak mengandaikan ada penumpang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam mengemudi pesawat terbabit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.