Cari Blog Ini

Pemimpin Umno Tidak Belajar Daripada Bala Allah


subky latifEmpat hari selepas tragedi MH370 hilang, kerajaan Malaysia merestui konsert FMFA

Wartawan veteran, Subky Latif mendakwa ulama Umno membiarkan maksiat diadakan Katanya, negara dilanda pelbagai bala seperti banjir, kemarau, jerubu dan kini kehilangan pesawat MAS.

“Rakyat mendirikan solat hajat berdoa minta hujan, rendah suhu panas, cerahkan jerebu dan selamatkan pesawat dan sekalian penumpang-penumpangnya hilang serta kru sekalian,” tulisnya dalam kolum mingguannya dalam www.harakahdaily.net.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata semua bencana itu adalah ujian Allah untuk semua, ia adalah balasan dan bala Allah untuk semua atas segala macam kesalahan manusia – maksiat dan kezaliman masing-masing, mendustakan perintah dan hukum Allah.

“Menyedari ia bala dari-Nya maka sekalian bertaubat minta diampun segala dosa, menganjurkan solat hajat di  merata-rata dan sewajarnya manusia berjanji tidak terlanjur maksiat lagi jika mahu semua bencana itu ditarik Allah semula.” katanya lagi.

Katanya lagi, bencana itu adalah gara-gara manusia, maka cara mengelakkannya dari bertambah bala adalah jangan meneruskan segala maksiat yang menundang bala Allah itu.

Beliau mendakwa ketika penduduk Malaysia merasa parahnya bala dan ujian Allah itu dan memohon ia ditarik balik, ada pula manusia yang tidak merasa serik atas bala lalu menganjurkan pesta maksiat besar-besaran yang dinamai Future Music Festival Asia (FMFA).

Ia menggabungkan 70 pancaragam terhebat dari 30 negara  Asia dan dunia, diberi permit oleh kerajaan Malaysia dia adakan di Stadium Bukit Jalil.

“FMFA 2014 itu adalah sambungan pesta Woodstock awal tahun 1970-an  dulu yang dikecam oleh semua pihak,” dakwanya.

Beliau menambah pesta maksiat yang dikutuk pada zaman Perdana Menteri Tun Razak dulu itu tiba-tiba  diadakan pula pada zaman anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“ Empat hari selepas tragedi MH370 hilang, polis memberi permit, penguasa Stadium Bukit Jalil memberi izin dan kerajaan Malaysia merestui konsert FMFA,” katanya.

Katanya lagi, ketika semua penduduk menjerit ketiadaan air, peritnya panas, kering dan terbakarnya tumbuh-tumbuhan, kerajaan membenarkan kegiatan yang mengundang bala diadakan.

“Mana penasihat agama Perdana Menteri, mana ulama dalam Majlis tertinggi Umno, membiarkan maksiat raksaksa itu diadakan?” soal beliau.

Katanya, setelah enam peserta mati kerana mengambil dadah berlebihan barulah hari ketiganya dibatalkan.

“Benar-benar kerajaan dan pemimpinnya yang Islam tidak belajar daripada bala Allah itu,” tegasnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alaaa... Subky Latiff??? wartawan veteran???? hahahahahah... hahahaha... hahahahhaa.... kelakau lahhhhh... bini dia kak nah tu??? hahahah... hahahah.. hahahah... bila masa PAS perintah Kedah dulu ada kemarau... katanya dugaan Allah... bila banjir teruk dugaan Allah... tapi bila bukan kawan yg perintah.. bala lahh... itu lahh... apa niiii bang oiiii..... tak baik camtu tauuu... sama2 lah kita berdoa agar kita di jauhi itu semua.... dan kita semua terus dekat ke jalan Allah dan Rasul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.