Cari Blog Ini

Pasukan Pencari Tinggal 18 Hari Untuk Cari Kotak Hitam MH370, Sebelum Bateri Habis



Pada hari ke 12 misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 masih lagi gagal memberikan sebarang petunjuk kukuh mengenai lokasi pesawat tersebut, akhbar melaporkan hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya.

ABC News melaporkan pasukan mencari dan menyelamat perlu segera mencari kotak hitam itu yang hanya mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari.

Laporan tersebut mengatakan, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menurut ABC News, lebih mudah bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari kotak hitam itu sebelum ia kehabisan bateri, kerana kawasan carian mereka seluas 600,000 kilometer persegi.

Laporan ABC News mengatakan jika pesawat terhempas ke kawasan perairan, satu beacon pencari air akan menghantar satu nadi ultrasonik yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh sonar dan peralatan mencari akustik.

Terdapat satu sensor tenggelam di sebelah beacon, dan apabila sensor itu menyentuh air, beacon akan diaktifkan.

Beacon kemudian menghantar denyutan pada 37.5 kilohertz (kHz) dan boleh menghantar bunyi sedalam 4,267 meter.

Setelah beacon memberikan isyarat "ping," isyarat ping akan dikeluarkan sekali sesaat selama 30 hari.

Dalam keadaan jarang berlaku kemalangan teruk, beacon boleh terputus isyarat jika berlanggaran berimpak tinggi, kata laporan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat mesti berada kira-kira 25km di kawasan beacon untuk mencari kotak hitam itu.

Keadaan bumi dalam laut seperti parit dalam juga boleh menjejaskan pengesanan isyarat beacon itu, tambah laporan tersebut.

The Malaysian Insider
 
Info Grafik
Info Grafik

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.