Cari Blog Ini

Pasport Curi : Isu Imigresen, Zahid Hamidi Buat U Turn




Inilah Menteri cap kangkung, dulu sebelum keluar kenyataan tidak mahu periksa dulu apa yang berlaku terus main sergah ja.

Sembang bagai nak rak nak siasat pegawai imigresen yang bertugas semasa penerbangan MH370, Konon nak gantung tugas.

Salahkan imigresen kerana tidak peka dengan keadaan, bila DCA nafikan 2 orang penumpang yang terlibat dalam pemalsuan pasport dalam penerbangan MH370 bukannya asian looking baru padan muka hang.

Tambah perit lagi bila data pasport curi tidak terdapat dalam pangkalan data imigresen macam mana nak periksa dan apa yang nak diperiksa.

Kalau aku jadi pegawai imigresen pun pening nak periksa apa kalau tiada dalam pangkalan data.

Tiba-tiba semalam Zahid Hamidi yakin dengan kebolehan pegawai imigresen di kaunter penyemakan sebelum kejadian.

Kah kah kah hang dah ludah sekarang nak jilat balik, Itulah jadi Menteri jangan sombong, kaji dulu macam mana orang bawah buat kerja, siasat baru keluar kenyataan.

Masalah ini bukan sekadar faktor kesilapan imigresen semata-mata tetapi isu ini membabitkan keselamatan negara. - IdaMan


                  MH370 : Pegawai Imigresen Patuhi SOP, Kata KP Imigresen 

Dua penumpang Malaysia Airlines MH370 yang menggunakan pasport curi didapati memasuki Malaysia pada malam 28 Februari, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Beliau berkata penumpang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport warga Austria Christian Kozel yang dicuri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.

Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport kepunyaan warga Itali Luigi Maraldi yang juga dicuri, didapati tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.

Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari........baca lagi


    MH370 Pasport Curi : Kerana Kenyataan Zahid Undang Campur Tangan Asing 

PAS kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi yang secara terbuka menyelar kakitangan Imigresen berhubung kes dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, para pegawai Imigresen sudah cukup tertekan dengan insiden malang yang berlaku dan tindakan Zahid tidak membantu menyelesaikan masalah.

Beliau seterusnya menasihati Zahid agar mencontohi sikap Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang walaupun diasak media antarabangsa namun tetap 'menjaga mulut' agar tidak 'terlepas cakap' sehingga menjejakan imej negara.

"Mengapa Zahid amat mudah menyalahkan kakitangan di bawah kementeriannya sedangkan banyak lagi kementerian dan agensi yang terlibat secara langsung tidak bertindak sedemikian?

"Apakah beliau ingin melepaskan tanggung jawab beliau dan membuat kesimpulan mudah dan meletakkan kesalahan terhadap pegawai tertentu?" ujar Salahuddin.........baca lagi

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.