Cari Blog Ini

Panglima Tentera Udara Malaysia Nafi Berkata MH370 Dikesan Di Selat Melaka


Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian.
Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian
Semasa pencarian kehilangan pesawat  MH370 diteruskan untuk hari kelima, panglima tentera udara Malaysia menafikan kenyataan pesawat malang itu dikesan radar tentera berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka.

Akhbar pro-kerajaan Berita Harian memetik Jeneral Tan Sri Rodzali Daud sebagai berkata radar tentera udara di pangkalan Butterworth percaya ia mengesan Boeing 777- 200ER sehingga ia hilang pada jam 2:40 Sabtu lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak membuat sebarang kenyataan seperti di atas, apa yang berlaku adalah wartawan Berita Harian bertanya kepada saya jika berlaku kejadian seperti itu seperti yang  diperincikan dalam cerita mereka, namun saya tidak memberikan apa-apa jawapan kepada soalan itu.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu, “sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014, semasa sidang akhbar dengan Panglima Angkatan Tentera di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Beberapa jam selepas kenyataan beliau disiarkan akhbar itu, agensi berita antarabangsa Reuters memetik laporan berkenaan sebagai berkata TUDM mengesan pesawat berkenaan ke Selat Melaka yang merupakan salah satu laluan kapal paling sibuk di dunia.

Bagaimanapun kenyataan Rodzali hanya merujuk kepada laporan akhbar berbahasa Melayu itu dan bukan Reuters.

"Saya meminta salah laporan ini dipinda dan diperbetulkan untuk mengelakkan salah tafsiran apatah lagi ia jelas tidak tepat dan laporan yang tidak betul," kata beliau dalam kenyataan enam perenggannya.

Akhbar Melayu itu melaporkan panglima TUDM mengesahkan pangkalan udara TUDM di Butterworth mengesan isyarat lokasi pesawat sebagai menunjukkan ia berpatah dari laluan asal ke Kota Bahru, Kelantan, dan dipercayai terbang melalui ruang udara pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.

"Kali terakhir pesawat itu dikesan oleh menara kawalan udara adalah di sekitar Pulau Perak di Selat Melaka pada jam 2.40 pagi sebelum isyarat hilang tanpa sebarang kesan," kata beliau sebagaimana dipetik akhbar Berita Harian.

Akhbar Melayu itu melaporkan panglima TUDM mengesahkan pangkalan udara TUDM di  Butterworth mengesan isyarat lokasi pesawat sebagai menunjukkan ia berpatah dari laluan asal ke Kota Bahru, Kelantan, dan dipercayai terbang melalui ruang udara pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.

Laporan Berita Harian itu masih  kekal di portal berita pagi ini.

Sementara itu kenyataan daripada jurucakap bagi pejabat perdana menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad,bercanggah dengan satu temu bual bersama The New York Times.

Tengku Sariffuddin berkata: "Sepanjang pengetahuan mereka selain Aair Turn Back (ATB), tiada perkembangan baru.”

Kenyataan Rodzali pada 9 Mac, sehari selepas jet penumpang hilang, berkata bahawa "TUDM tidak menolak kemungkinan ATB daripada laluan asal sebelum pesawat hilang dari radar dan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang."

"Pada masa ini TUDM memeriksa dan menganalisis semua kemungkinan bagi laluan penerbangan pesawat itu ekoran kehilangannya .

"Bagaimanapun pada masa ini, ia tidak sesuai untuk TUDM mengeluarkan apa-apa kesimpulan rasmi berkenaan laluan penerbangan pesawat sehingga kita mendapat kepastian dan pengesahan.

"Bagaimanapun semua operasi mencari diteruskan yang merangkumi semua  kawasan kemungkinan pesawat mendarat bagi memastikan tidak ada kemungkinan yang terlepas pandang," katanya dalam
kenyataan itu semalam.

Ketua tentera udara itu juga berkata, maklumat dan perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diberi melalui kenyataan rasmi dan sidang media.

"Usaha terkini kami tertumpu kepada mencari pesawat sesegera yang boleh," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang secara misteri pada jam 1:30 semasa penerbangan menuju  ke Beijing.

The Malaysian Insider

* Memeranjatkan, Tentera Malaysia Dakwa Berjaya Kesan MH370 Di Selat Melaka

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.