Cari Blog Ini

[Panas] KJ Bersedia Di Tampar Oleh Bomoh VVIP !


KJ main-main dengan ugutan 'Raja Bomoh'
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mengendahkan ugutan bomoh Ibrahim Mat Zain yang mengancam mahu menamparnya "macam buaya".

Khairy sebaliknya mentuit semula beberapa mesej kepadanya di Twitter dengan nada yang cukup selamba dan menyindir termasuk berkongsi rakaman wawancara bomoh itu ketika mana dia membuat ugutan tersebut. - astro awani


[Video] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tau, Kata Raja Bomoh Dengan Nada Yang Marah 

Seorang pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain mengancam untuk menampar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.

"Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan.

"Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," katanya.

Katanya, beliau juga akan mengemukakan saman sebanyak RM100 juta sekiranya ketua Pemuda Umno itu mengulangi kenyataan tersebut.

Ancaman tersebut disiarkan melalui dalam satu rakaman video di satu blog dinamakan suara.tv.........baca lagi

                          
                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.