Cari Blog Ini

Najib Punca Juruterbang MH370, Disiasat !


Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu bertanggungjawab yang memberi ‘isyarat’ kepada polis untuk menyiasat dan menggeledah rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan penyiasatan kini beralih sepenuhnya kepada juruterbang termasuk kru penerbangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat terbabit.

“Kesilapan bermula daripada Perdana Menteri sendiri yang memberikan isyarat bahawa juruterbang seperti mengalihkan laluan sehingga siasatan kini tertumpu kepadanya dan anak kapal lain.

“Kenyataan Najib itu akan memberi kesan buruk kepada Malaysia Airlines (MAS) dan menyebabkan banyak pihak akan hilang kepercayaan kepada penerbangan kita,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Polis bertindak mengeledah kediaman Zaharie selepas pengumuman Najib pada sidang media khasnya yang antara lain berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Pada masa sama, Mahfuz turut mencabar kerajaan untuk membuktikan sama ada benar atau tidak dakwaan beliau semalam bahawa rundingan antara Menteri Luar sedang diadakan bersama perampas pesawat berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, kemungkinan proses rundingan terbabit sudah bermula ekoran kelibat menterinya, Datuk Seri Anifah Aman langsung tidak kelihatan pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Kerajaan harus perjelaskan apa yang saya dakwa sama ada betul atau tidak Menteri Luar yang sedang berunding dengan perampas pesawat berkenaan. Kita mahu mahu lihat sejauh mana kebenaran itu,” katanya. - selangorku

                   
                          
                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.