Cari Blog Ini

MH370 : Tiada Bukti Objek Dikesan Satelit China Ada Kaitan



Tidak ada bukti tiga objek terapung yang dikesan satelit China di Laut China Selatan berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, kata Ketua Penerbangan Awam China, Li Jianxiang, lapor Reuters.

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa mengesan tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Menurut laporan CNN itu, objek-objek  terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui akaun Twitternya hari ini mengesahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China.

CNN juga Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dihantar ke kawasan tiga objek dikesan satelit China.

Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka. - astro awani

* Malaysia Hantar Pesawat Pencari Ke Kawasan Objek Ditemui Satelit China

                           
                     

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.