Cari Blog Ini

MH370 : Teori Bodoh Macai Dah Keluar Dah



Fikirkan juga.......

Kapten Zaharie ada anak2, ada isteri, ada keluarga di Malaysia, Ada kerjaya yang stabil di Malaysia, Ada kedudukan yang stabil di negara ini.

Sekalipun dia bertujuan nak melakukan sesuatu (atas nama politik) sejauh mana dia boleh pergi ?

Kat mana dia nak tempatkan kesemua 238 penumpang ?

Bagaimana pun dia nak mencari makanan untuk meneruskan kehidupan sepanjang hari bersembunyi ?

Takan tak payah makan minum dan sebagainya pula kan ?

Apa kena mengena DSAI dalam isu MH370 yang hilang ?

Apa pula kena mengena PKR dan PR dalam cerita kehilangan MH370 ?

Langsung tak logik kalau mereka tetiba2 nak masukkan Anwar ada kaitan dengan kehilangan MH370.

Sudah tentulah plot seperti ini tidak mungkin berlaku, Adakah untuk menghalalkan tuduhan maka mereka akan katakan DSAI terlibat sebagai dalang dikemudian hari ? 

- IdaMan

 
                               JIKA BENAR ANWAR YANG JADI DALANGNYA... APAKAH DALILNYA?

Dilihat keuntungan yang diperolehi dari isu ini ialah kerajaan memerintah kerana rakyat akan bersatu dalam isu utama dan rakyat akan lupa akan isu LIWAT PENJARA 5 TAHUN, BARANG NAIK, KAJANG, AIR TAK ADA, JEREBU, GST serta pelbagai lagi isu dan masalah rakyat... Lihatlah akan gerak kerja rakyat bila Reformasi 2.0 diumumkan... macam tak ada sambutan kerana big event skrg MH370... Seruan untuk rakyat bangkit seperti tak ada sambutan.

Selain itu keuntungan di pihak Anwar dilihat tak ada apa-apa yang dapat menufaatnya melainkan dapat menekan NAJIB & Menterinya dengan isu urus tadbir dan mengawal selia akan trajedi ini. Sidang media yang selerak, centralise maklumat tak ada.. menteri gila buat kenyataan.. data maklumat yg di sampaikan bercelaru...serta pelbagai lagi yang lompongnya.

Jika Anwar yang rancang pun, banyak benda yg terpaksa Anwar tempohi iaitu kesepakatan pihak imigresen, pihak jaga radar, pihak jaga ruang udara... semua ini kena ada kawtim yang baik punya untuk menayakan plot rampasan ini...  Anwar nak kawtim dengan semua tu.. itu mustahil berlaku... yang dapat dikaitkan dengan Anwar sekarang ialah KAPTEN yang bawa flight tuu sebab beliau penyokong PR.


Jika Kapten nie yg rampas flight tersebut mcmana beliau dapat larikan flight yg sebegitu besar sehingga melempasi ruang udara dan terbang kesatu kawasan yg tak diketahui.

Walaubaimanapun lakukanlah siasatan sedalam-dalamnya siapa yang terlibat dalam perkara ini.. jika benar Anwar ayuh jangan dibiarkan beliau terlepas namun jika ada pihak lain yang juga terlibat dan cuba mengambil kesempatan dan politkal millage jangan juga dibiarkan bebas.. bawa ke muka pengadilan semua.

ini bab kecik ja nie..hebat sangat kapten nie buat kerja seorang diri dengan ikut arahan Anwar jee.. bab nie kena baca balik pendedahan Agent CIA yang bersara disini...Bekas Pegawai CIA Pecah tembelang dalam CNN.

Beliau mengatakan perancangan ini merupakan 'state actor' yang besar dan memerlukan satu kuasa yang tinggi untuk mengeluarkan arahan... Jika Anwar yang terlibat kira hebatlah Anwar itu.

Jadi sudah-sudahlah nak dikaitkan dengan politik... tak ada faedahnya semua nak dikaitkan dengan politik sedangkan semua tahu ini adalah tangan-tangan besar yang sedang mencorak urus tadbir negara kita.

Cuba bayangkan dua aset penting negara di SELAT MELAKA & LAUT CHINA SELATAN yang sedang didam2kan oleh kuasa besar dunia... PULAU PERAK & PULAU SPARTLY.... dengan yang berlaku pada MH370 diharap tidak tergadai dua pulau strategik ini kepada kuasa-kuasa besar tadi.

Cubalah berfikiran jauh sedikit jangan semua hendak dikaitkan dengan politik negara....#sumber

Nukilan,
Penampar 'Gomo'

* Rakan Rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah Yakin, Juruterbang Lebih Utamakan Keselamatan Pesawat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.