Cari Blog Ini

MH370 : Selepas Pakar Dari AS, China, Kali Ini Penyiasat Dari Perancis Pula Datang Ke Malaysia


Malaysia mula cari MH370 di koridor selatan, penyiasat Perancis tiba di Kuala Lumpur

Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di koridor selatan bermula hari ini, sementara penyiasat penerbangan Perancis tiba di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Negara yang menyertai misi mencari dan menyelamat kini bertambah daripada 14 ke 26 negara, selain Malaysia, negara lain ialah Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan,Filipina, Russia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, UAE, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Uzbekistan dan Vietnam.

"Hari ini Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan menghantar aset ke koridor selatan," kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini.

Koridor selatan berada di perairan Indonesia dan selatan Lautan Hindi, manakala koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand.

Kawasan mencari sebelum ini di Laut Cina Selatan dihentikan selepas pengumuman kawasan baru misi mencari dan menyelamat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu.

Kementerian Luar juga menghantar nota diplomatik kepada negara di koridor utara dan selatan bagi membantu pencarian MH370.

Nota tersebut antaranya meminta bantuan daripada sudut maklumat radar dan satelit, kawasan operasi mencari di darat, laut dan udara, pelan tindakan bantuan mencari dan bantuan serta maklumat berkaitan yang diperlukan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, tiga penyiasat Perancis daripada Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam (BEA) tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

"Pegawai ini akan berkongsi kepakaran dan pengalaman daripada misi pencarian pesawat penerbangan 447 Air France," kata kenyataan itu.

Seramai tiga rakyat Perancis berada dalam pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang.

Najib pada Sabtu lalu mengumumkan fasa baru kawasan pencarian dia dua koridor iaitu di utara Malaysia dan di selatan negara ini selepas seminggu usaha mencari dan menyelamat gagal menemui sebarang petunjuk.

Selepas kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam diadakan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), National Transportation Safety Board (NTSB), Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan pihak berkuasa Malaysia, yang mengkaji data itu secara berasingan, mendapati MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing itu tersasar dari laluan asal Sabtu lalu dan hilang.

Sebelum ini, misi pencarian dan menyelamat tertumpu di sekitar Teluk Siam dan Laut China Selatan, iaitu lokasi terakhir MH370 terputus hubungan.

Misi mencari dan menyelamat MH370 masuk hari ke-10, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk terbaru ditemui.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

The Malaysian Insider

* Lebih Ramai Pakar Dibawa Ke Malaysia Bantu Cari MH370, Kata Hishammuddin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.