Cari Blog Ini

MH370 : Salah Seorang Menggunakan Pasport Curi Teruja Di KLIA, Tulis Dalam Facebook


MH370: Penyamar Iran Tulis 'Saya Teruja Di KLIA' Dalam Facebook
[mstar]- Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, yang telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki pesawat MH370 dengan pasport dicuri kali terakhir menulis di Facebooknya yang dia 'berasa teruja'.

Pouria bersama-sama dengan Delavar Syed Mohammad Reza, 29, (seorang lagi lelaki yang dikenal pasti menggunakan pasport curi) dipercayai menuju ke Eropah untuk memulakan hidup baru di sana.

Pouria telah menaiki penerbangan MH370 untuk Beijing pada Sabtu dan merancang untuk perjalanan ke Frankfurt, Jerman, dari sana, tempat di mana ibunya tinggal, tetapi pesawat berkenaan hilang satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Interpol baru-baru ini mengeluarkan imej Pouria dan Delavar sebagai individu yang melakukan perjalanan dengan pasport curi.

Seorang pegawai Interpol berkata lelaki terbabit datang ke Malaysia dengan pasport Iran dan hanya bertukar menggunakan pasport yang dicuri untuk perjalanan pertama kali mereka ke Eropah.

Semua kemungkinan bahawa individu-individu ini mempunyai kaitan dengan keganasan telah ditolak.

Menurut 'Time', remaja itu tahu dia mengambil risiko apabila meninggalkan Iran dan meminta rakan-rakan mendoakan keselamatannya.

'Timeline' di Facebooknya menunjukkan bahawa dia tiba di KL pada 28 Februari dan berasa teruja.

Menurut news.com , pada 24 Februari dia mencatatkan mesej samar mendedahkan dia telah merancang untuk menyahaktifkan akaunnya dan kemudian mendedahkan dia tidak merancang untuk kembali ke Iran.

Ada yang tidak sedar bahawa dia telah telah pun meninggalkan Iran sehingga dia menyiarkan gambar-gambar dirinya di Kuala Lumpur dan telah menulis "Terima kasih kepada semua yang berdoa untuk saya, saya selamat."

Berikutan kejadian MH370, terdapat 137 mesej yang ditinggalkan di ruangan komen, mendokan keselamatan dan memintanya untuk pulang ke rumah.

Seorang pengguna Facebook, Lau Crypto berkata 'HELLO saya tidak kenal awak, tetapi saya tahu ia memerlukan keberanian tinggi untuk keluar dari Iran dan membina kehidupan di tempat lain, saya berharap pesawat anda selamat di mana-mana tempat dan anda boleh menjalani kehidupan yang bagaimana anda mahu, jaga-diri, mendoakan anda dan semua yang lain selamat!

Navaz Karimian Pour, dipercayai ibunya mencatatkan 'Kembalilah ke rumah dengan selamat. Ibu anda sedang menunggu anda' manakala Wendy Bligh berkata 'Sebagai seorang ibu pemikiran dan doa saya bersama dengan anda.

Semoga anda, penumpang dan anak kapal lain dalam penerbangan Malaysia 370 ditemui selamat, daripada saya di Australia.'

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.