Cari Blog Ini

MH370 : Risikan ATM Dibawa Ke England



[sinar]- Pasukan risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berada di England bagi berbincang dengan unit risikan di sana, sama ada wujud kemungkinan elemen keganasan terhadap kehilangan pesawat MH370.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan itu diketuai ketua Pengarah Risikan ATM.

"Kita tidak boleh kompromi dengan sebarang kemungkinan, semua talian diwujudkan dan digerakkan.

"Operasi yang sedang dilakukan ini secara besar-besaran dan kita memandang serius setiap kemungkinan yang boleh berlaku, " katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini, semalam.

Turut sama pada sidang media itu, Panglima Tentera Laut, Tan Seri Abdul Aziz Jaafar; Panglima Operasi Tentera Udara, Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Menurut beliau, setakat ini sebanyak 35 pesawat dan 42 kapal telah digerakkan termasuk aset daripada negara dalam usaha mencari di perairan Selat Melaka serta Laut Cina Selatan.

Pada sebelah pagi, Hishammuddin turut membuat tinjauan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Selat Melaka dan Utara Semenanjung bersama Panglima ATM, Tan Seri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata,  kerajaan konsisten sejak dari awal dengan meletakkan fokus mencari pesawat sebagai keutamaan.

Bagaimanapun beliau tidak menolak terdapat unsur keganasan atau rampasan berlaku.

"Kita tidak akan menidakkan apa jua kemungkinan. Pasukan risikan Amerika Syarikat dan China juga telah berada di sini.

"Tidak ada kerajaan sembunyikan, bagaimanapun maklumat awal tidak dapat didedahkan kerana ianya sensitif," katanya.

Beliau berkata,  sejak SAR disegerakan Sabtu lalu, tiada sebarang tanda atau petunjuk ditemui, sehubungan itu pihaknya akan memperluaskan kawasan carian.

Menurut Hishammuddin, kawasan SAR turut diperluaskan di kawasan darat yang mana pihak ATM melakukan tinjauan dengan helikopter.

Hishammuddin turut menghargai bantuan dan sokongan daripada negara serantau dengan mengeluarkan aset masing-masing bagi tujuan SAR MH307.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.