Cari Blog Ini

MH370 : Radar Militari Pasukan Pertahanan Maldives Tidak Kesan Pesawat MH370



[mstar]- Penerbangan MAS MH370 yang hilang dan dilaporkan dilihat di pedalaman pulau Maldives, di Kudahuvadhoo Atoll, tidak dikesan pada radar tentera negara itu.

"Lanjutan daripada pengawasan yang dijalankan setakat ini, radar militari di negara ini tidak dapat mengesan kapal terbang yang hilang," kata jurucakap Pasukan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) dalam satu kenyataan dalam laman web Kementerian Luarnya.

Radar di lapangan terbang di Maldives juga tidak mendapati sebarang isyarat mengenai kapal terbang yang hilang, yang kononnya dilihat terbang rendah oleh penduduk Maldives di Kudahuvadhoo pada pukul 6.15 pagi, 8 Mac.

Penduduk di Kudahuvadhoo telah memberitahu sebuah portal berita tempatan di sana bahawa mereka melihat sebuah pesawat jumbo terbang rendah di mana warna pada bahagian badannya kelihatan sama dengan pesawat Malaysia Airlines pada pagi 8 Mac.

Para saksi juga mendakwa pesawat dilihat dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives -Addu.

Menurut Wikipedia, pulau Kudahuvadhoo adalah kira-kira 1.15km panjang dan terletak hampir 180km dari ibu negara Maldives, Male.

Usaha pengawasan, menurut MNDF telah dijalankan dengan "tahap yang memuncak daripada kewaspadaan" dan ia telah membantu Perkhidmatan Polis Maldives dan agensi antarabangsa berhubung usaha mencari kapal terbang yang hilang.

* Adakah MH370 Yang Dilihat Terbang Rendah Di Maldives Pada Pagi 8 Mac ?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.