Cari Blog Ini

MH370 : Perancis Pula Tawar Bantuan


Perancis tawar bantuan siasat kehilangan MH370
Kerajaan Perancis hari ini menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri berkenaan Jean-Marc Ayrault, dalam suratnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Pejabat Penyiasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Awam Perancis bersedia memberikan bantuan kepada Malaysia.

Surat Ayrault yang ditulis dalam bahasa Perancis dengan versi terjemahan dalam bahasa Inggeris dihantar menerusi e-mel kepada Bernama oleh Kedutaan Perancis di Malaysia di sini, hari ini.

Sambil menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, Ayrault berharap pesawat itu dapat ditemui dengan segera.

"Saya ingin memberi jaminan kepada anda, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tentang pertimbangan tertinggi saya (terhadap usaha ini)," kata beliau.

Laporan awal menyatakan terdapat empat penumpang Perancis dalam pesawat itu, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Misi mencari dan menyelamat pesawat itu sudah memasuki hari ketujuh dengan kawasan pencarian diperluaskan ke Lautan Hindi selain dilakukan di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.