Cari Blog Ini

MH370 : Pencarian Pesawat Menjadi Keutamaan Amerika Syarikat, Kata Obama


MH370: Pencarian pesawat menjadi keutamaan Amerika Syarikat, kata Obama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini berkata pencarian untuk pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang menjadi keutamaan untuk negara itu.

Menurut laporan AFP, Obama berkata Amerika Syarikat menawarkan semua pertolongan yang mungkin termasuk FBI, untuk tujuan itu.

Obama turut berkata beliau menawarkan doa kepada saudara-mara penumpang hilang.

“Kami ingin memberi keyakinan bahawa kita mengutamakan perkara ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang rapat dengan kerajaan Malaysia,” kata Obama dalm satu temubual di Rumah Putih.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.