Cari Blog Ini

MH370 : Pegawai Imigresen Patuhi SOP, Kata KP Imigresen


Datuk Aloyah Mamat (kiri) bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang
Dua penumpang Malaysia Airlines MH370 yang menggunakan pasport curi didapati memasuki Malaysia pada malam 28 Februari, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Beliau berkata penumpang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport warga Austria Christian Kozel yang dicuri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.

Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport kepunyaan warga Itali Luigi Maraldi yang juga dicuri, didapati tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.

Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari.

Mereka berlepas dari Malaysia pada 7 Mac.

Penumpang pertama diberi kebenaran untuk berlepas dari KLIA pada 8.07 malam manakala penumpang kedua pula mendapat kebenaran pada 8.31 malam.

Aloyah berkata pegawai imigresen yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada kedua-dua penumpang itu mematuhi prosedur operasi standard.

Mereka mendapati pembawa dan gambar di dalam pasport itu sepadan, katanya.

- Bernama

                         

* MH370 Pasport Curi : Kerana Kenyataan Zahid Undang Campur Tangan Asing

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.