Cari Blog Ini

MH370 : Pasukan 10 Pegawai Kerajaan China Tiba Di KLIA Malam Ini, Bagi Membantu Malaysia Menjalankan Siasatan


MH370Pasukan khas terdiri 10 pegawai kerajaan China tiba di sini malam ini bagi membantu Malaysia menjalankan siasatan berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu.

Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Republik Rakyat China, Guo Shao Chun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8 malam ini.

Anggota pasukan itu terdiri daripada pegawai polis, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar.

Shao Chun berkata, kedatangan pasukan mereka antara lain juga bertujuan menguruskan keperluan dan keselesaan waris penumpang pesawat MH370 dari negaranya itu.

"Kami juga datang ke sini untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi kes ini, dan pada masa sama mempertingkat platform komunikasi antara kedua-dua negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini malam ini.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.