Cari Blog Ini

MH370 : Misi Mencari Pesawat MH370 Yang Hilang Semakin Buntu !



Penyiasatan terhadap misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 seakan mencapai jalan buntu, apabila semakan terhadap data penumpang dan kru tidak menunjukkan petanda pesawat itu akan ditemui dalam masa terdekat, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Menurut Reuters, sebelas hari sudah berlalu, dan 26 negara sedang berusaha mencari pesawat dengan 239 penumpang itu dalam kawasan yang lebih kurang sama saiz dengan Australia, atau dua pertiga keluasan Amerika Syarikat (AS).

Kepimpinan tertinggi Malaysia yang bertanggungjawab dalam operasi insiden yang tidak diduga itu berkata, penting untuk mengecilkan skala carian dan kembali kepada radar tentera kawasan kejiranan yang mana Malaysia percaya mungkin akan memberikan sedikit harapan.

"Segala usaha perlu digunakan bagi mengecilkan kawasan koridor yang kami umumkan – saya merasakan ia pendekatan terbaik. Jika tidak kita akan kembali kepada spekulasi semula," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Selasa.

Tentera Laut AS berkata mereka menukar pesawat kepada P-8A Poseidon dan pesawat udara P-3 Orion selain kapal laut dan helikopter.

"Pesawat pemerhati maritim lebih sesuai untuk operasi seperti ini kerana kawasan carian semakin luas," kata Leftenan David Levy, yang berada di atas kapal Laut USS Blue Ridge, kapal tentera laut yang mengkoordinasikan misi carian.

"Ini cara yang lebih efisyen," katanya.

Pesawat MH370 dengan 239 penumpang hilang daripada dikesan radar di kawasan Pantai Timur Malaysia kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.