Cari Blog Ini

MH370 : Miliki Simulator Di Rumah Perkara Biasa Bagi Juruterbang, Buka Kesalahan


Miliki simulator di rumah perkara biasa
[sinar]- Satu perkara biasa sekiranya juruterbang mempunyai simulator penerbangan di rumah.

Menurut sumber, kebanyakan juruterbang pesawat komersial di seluruh dunia mempunyai simulator sendiri atas beberapa faktor.

“Mungkin sesetengah juruterbang mempunyai minat atau hobi untuk menggunakan simulator sekiranya mempunyai waktu lapang dan rasanya itu bukan satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, setiap enam bulan sekali juruterbang pesawat komersial perlu menjalani ujian termasuklah menerbangkan pesawat  menggunakan simulator.

“Ujian menggunakan simulator ini meminta setiap juruterbang mengendalikan satu penerbangan sebagai contoh, penerbangan dari Malaysia ke Melbourne.

“Simulator ini juga digunakan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pengendalian pesawat,” katanya.

Ditanya mengenai pemasangan simulator di rumah, beliau berkata, kebanyakan juruterbang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

“Kebiasaannya, pakar IT mempunyai kepakaran memasang komponen dan perisian simulator tersebut, namun tida menghairankan jika seseorang juruterbang itu mampu memasangnya sendiri berdasarkan pengetahuan dan minatnya,” katanya.

Tambah beliau, simulator yang berada di pasaran mempunyai pelbagai bentuk berbeza dan harga yang ditawarkan berdasarkan kecanggihan alatan terbabit.

“Apa yang saya tahu, alatan ini tidak dijual di Malaysia dan kebanyakan juruterbang mendapatkannya di luar negara.

“Bagaimanapun perisian penerbangan pesawat merupakan satu aplikasi yang boleh didapati dan dimuat naik sebagai satu perisian permainan di alatan elektronik,” katanya.


                                Simulator dipasang semula di Bukit Aman

Simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dipasang semula di Bukit Aman, demikian menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, hari ini.

Kenyataan itu menyebut simulator penerbangan berkenaan diambil dari rumah juruterbang terbabit dengan bantuan anggota keluarganya.

"Pada Ahad 9 Mac, anggota polis ke rumah juruterbang dan pembantu juruterbang serta bercakap dengan anggota keluarga.

"Polis sekali lagi ke rumah juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit pada 15 Mac," katanya.

Menurut kenyataan itu, polis mula menyiasat kesemua anak kapal MH370 termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang serta petugas lain yang mengendali pesawat berkenaan.

- Bernama

                          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.