Cari Blog Ini

MH370 : Kemungkinan Pembabitan Pengganas Tidak Boleh Diketepikan, Kata CIA


Malaysia Airlines, Boeing 777-200, MH370
Laksamana Mohd Amdan Kurish Malaysia (kiri) memeriksa radar semasa operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di luar Pantai Tok Bali di Kelantan pada 9 Mac, 2014. -AP Photo/Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Read more at: http://www.astroawani.com/photos/album/kehilangan-mh370-klia-926?
Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, CIA berpendirian kemungkinan pembabitan pihak pengganas tidak boleh diketepikan dalam kes kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 Sabtu lalu.

Ini kerana masih ada pengakuan beberapa pihak yang mendakwa bertanggung jawab terhadap kehilangan pesawat itu telah diterima.

Pengarah CIA, John Brennan berkata pihaknya masih menyiasat dakwaan-dakwaan yang diterima.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan  masih banyak persoalan yang belum ada pengesahannya.

Bekas penasihat agensi pencegahan keganasan kepada presiden Barack Obama ini juga memberitahu pencarian dibuat dengan berhati-hati .

Brennan turut menyifatkan kehilangan MH370 kekal misteri.

astro awani

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini yg kita tak mau. US babitkan teroris, menjadi lesen utk masuk campur keselamatan negara kita.

kita lebih rela pesawat disorok bunian dpd disyaki teroris.

kalau disorok bunian at least US respek sebb radar mereka gagal kesan dimensi ghaib. dan US tkde sebb nk campur tgn sistem keselamatan.

Semuga Allah memelihara kita dpd fitnah dajjal selepas fitnah liwat disebar keseluruh negara oleh agen2 dajjal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.