Cari Blog Ini

MH370 : Kapal AS, Termasuk Uss Kidd Digerak Ke Lautan Hindi


Kapal pemusnah berpeluru USS Kidd. -foto EPA
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada hari Khamis mengerahkan kapalnya bergerak ke Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang ekoran laporan pesawat tidak henti-henti menghantar isyarat bunyi (ping) kepada satelit selepas terputus hubungan radar.

Usaha dan fokus pencarian beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata 'maklumat baharu' menunjukkan pesawat itu mungkin telah menjunam di Lautan Hindi.

"USS Kidd akan melakukan transit di Selat Melaka dalam perjalanan ke Lautan Hindi," kata seorang pegawai tentera laut kepada AFP, merujuk kepada kapal pemusnah berpelurunya.

Pesawat tambahan AS, P-8A Poseidon juga sedang menuju ke kawasan itu, di mana P-3 Orion telah pun membantu dalam usaha pencarian, kata pegawai itu yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Langkah itu dibuat selepas adanya laporan bahawa sistem komunikasi Boeing 777 Malaysia Airlines berterusan memberi isyarat bunyi kepada satelit dalam tempoh beberapa jam selepas pesawat hilang dari radar.

Isyarat itu diperolehi dari sistem pengurusan kapal terbang yang menyediakan aliran data atas operasi pesawat itu, menurut laporan Wall Street Journal dan ABC News. -AFP

* MH370 : Amerika Syarikat Menggerakkan Armada Ketujuh Tentera Laut
* MH370 : Pentagon Ada "Petunjuk" Pesawat MAS Mungkin Ada Di Lautan Hindi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.